Friday, October 31, 2008

BANJIR 22 KALI SETAHUN


YAN,KEDAH - Walaupun sairen kecemasan banjir belum berbunyi tetapi empat puloh buah rumah di Kampong Titi Teras Ujung Dan Teroi Bukit sudah pun dinaiki air separas satu meter.

Kejadian banjir kali ini bukanlah disebabkan hujan atau air yang turun dari gunung berdekatan sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini tetapi disebabkan air dari sebuah terusan yang memasuki kampong melalui parit buang air ke terusan tersebut.




Menurut penduduk, masalah timbul semenjak benteng tanah yang menjadi penghadang air di terusan tersebut diratakan untuk menambak projek ladang ternakkan lembu yang terletak bersebelahan dengan terusan tersebut.

Mereka mendakwa kejadian banjir seumpama itu tidak pernah berlaku sejak lima puloh tahun lalu tetapi kini ada rumah yang dinaiki air sehingga dua puloh dua kali dalam setahun.




“Masuk kali ni dua puloh dua kali dah lah…sampai tak boleh tahan dah…anak nak sekolah…tanaman-tanaman habis rosak…ternakan kita habis mati…jadi dengan sebab ni kami minta pihak-pihak yang terlibat ni tolong mai tengok…tolong suluh tengok apa masalah kami…sampai bila kami nak hidup macam ni”.

Mohd Roslan


“Banjir yang berlaku pada tiap-tiap tahun disebabkan beginilah…punca daripada tanah yang ada di “ban” telah dirata…diambil…jadi mangsa-mangsa yang akan nanti terpulanglah kepada mangsa-mangsa banjir…ini adalah sifat yang tak bertanggungjawab…jadi saya haraplah kepada yang berkenaan terutama sekali pihak MADA dan JPS tolong tengok”.
Haji Harun

Menurut penduduk lagi, sampah sarap dan ranting-ranting buloh tersekat di tiang-tiang jambatan juga tidak dibersihkan dengan sewajarnya oleh pihak bertanggungjawab dan turut menjadi penyebab air naik begitu cepat kerana kelancarannya tersekat.

Menurut seorang penduduk Ramli Bin Haji Lateh, masalah menjadi lebih teruk apabila tiga sungai utama iaitu sungai wan mat seman,sungai teroi dan sungai batu 20 telah ditutup dan tiada pintu air untuk membolehkan air berlalu dengan pantas ke laut.

Penduduk terbabit meminta pihak berwajib mengambil tindakkan segera untuk menangani masalah tersebut.

Thursday, October 30, 2008

JAMBATAN REPUT PANTAI PRAI AKAN DIBAIKI - ITU JANJI DUA YANG BEHORMAT

SIDAM,KEDAH - Keresahan lebih 1500 penduduk setiap kali melalui jambatan kayu yang uzur dan reput di Kampong Pantai Perai, Sidam, kini boleh menarik nafas lega, jika janji dua YB dari Parti Keadilan Rakyat ini menjadi kenyataan.

Usaha kami membawa masalah jambatan tersebut kepada Ahli Parlimen Sungai Petani , Johari Abdul akhirnya menampakkan hasil apabila beliau bersama Adun Sidam Tan Chow Kang, turun padang bagi melihat sendiri keadaan jambatan tersebut.

Johari Abdul Dan Tan Chow Kang ketika melawat jambatan itu berjanji akan bertindak segera bagi membaiki jambatan berkenaan.

“Saya merayulah kepada pihak-pihak berwajib samada JPS,Kerajaan Negeri dan juga Kerajan Federal, untuk selesaikan…dan saya… bagi pihak saya dan YB Sidam Tan Chow Kang kita akan usahakan untuk mendapatkan apa yang boleh buat sementara waktu ini…sementara bantuan-bantuan besar tu akan hadir”

“Saya minta kerajaan ini repe bagi luas sikit untuk dua moto jalan lah…sekarang satu moto sudah jalan itu dua moto sebelah sini mahu jalan punya jam sudah jem sana tengah jalan…sudah susah…bahaya…itu saya minta kerajaan boleh lulus itu peruntukkan…repe saya tengok ini dalam kerajaan sekarang negeri kedah itu peruntukkan tak ada lagi…kalau sudah ada dapat ini…saya minta cepat sikit bagi selesai”.

Jambatan yang merentangi sungai muda itu menjadi jalan pintas menghubungkan penduduk-penduduk dari Kampung Pantai Perai, Kampung Kong Kedah Dan Kampung Kuala Jerung Di Daerah Kuala Muda Dengan Penduduk Kampung Terap Batu, Mukim Sidam Kanan di Daerah Kulim sejak 20 tahun lalu.

Menurut Pegawai Khas Kepada Adun Sidam, Ramli Bin Ayob, pihaknya akan memanjangkan permohonan mendapatkan peruntukkan segera bagi membaik pulih jambatan berkenaan kepada Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat.

“Proses ni kita dah jalan mungkin dalam dua tiga hari ni kita akan panjangkan surat ni kepada MB lah… untuk permohonan ini…dan kita pun telah berbincang dengan pihak YB Padang Serai yang mana kita akan buat permohonan bersama makna bagi Pejabat Daerah Kulim dengan Pejabat Daerah Kuala Muda…kita akan join sekali peruntukkan tu untuk buat…Jambatan ini kita difahamkan diguna oleh dua pihak bermakna dua kawasan antara Dun Padang Serai dan Dun Sidam Kiri”.

Wednesday, October 29, 2008

HAJI TON DIREMAN HINGGA SELASA INI


SUNGAI PETANI,KEDAH - Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini memerintahkan Haji Ton, atau nama sebenarnya Zaiton Arshad, 66 tahun,yang disyaki menjadi dalang disebalik rompakan wang tunai berjumlah rm3.19 juta pada 5 februari lalu ditahan reman sehingga selasa ini bagi membantu siasatan berkaitan kes senjatapi yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Majistret Mohd Noor Firdaus rosli membenarkan permohonan polis agar haji ton, direman selama tujuh hari bermula hari ini mengikut seksyen 117 kanun prosedur jenayah selepas mendengar prosiding reman yang berlangsung hampir sejam.

Beliau ditahan untuk disiasat dibawah akta senjatapi,penalti hukuman lebih berat 1957.

Tertuduh yang dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat polis sempat ditemui oleh sebahagian besar ahli keluarganya di perkarangan mahkamah.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku walaupun terdapat sebilangan ahli keluarganya cuba bertindak menghalang jurugambar merakamkan gambar tertuduh dan melontarkan kata-kata berbau ugutan.

Prosiding dijalankan dikamar majistret, tertuduh diwakili oleh peguam C.Shanmugaih.

Dalam kejadian rompakan februari lalu di kawasan rehat & rawat gurun itu, tiga lelaki termasuk seorang yang bersenjatakan pistol melarikan kenderaan yang ketika itu membawa wang tunai rm3.19 juta.

Bagaimanapun polis berjaya menahan 12 orang penduduk tempatan secara berasingan dan menemui semula wang tunai berjumlah rm523,750,sepucuk pistol buatan sendiri dan tujuh butir peluru hidup yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu.

Sejak itu Haji Ton yang dikatakan menjadi dalang disebalik rompakan itu melarikan diri bagi mengelak ditangkap bersama seorang lagi anak buahnya.

Semalam Haji Ton dikesan menaiki bas ekpress di perhentian bas jalan sekerat pada pukul 11.15 pagi dengan membawa sebuah beg sandang sejurus sebelum bas ekpress yang dinaikinya ditahan oleh empat orang pegawai polis yang membawa kepada penangkapan tertuduh.

Monday, October 27, 2008

HARTA AWAM JADI HABUAN PENCURI !!

SUNGAI PETANI,KEDAH - Dapat bangunan baru, bangunan lama menjadi habuan pencuri, itulah yang terjadi kepada bangunan kolej kejururawatan di jalan badlishah sejak operasinya dipindahkan ke hospital sultan abdul halim, sungai petani setahun lalu.

Kolej itu dulu yang cukup terkenal kerana melahirkan ramai jururawat kini bukan sahaja tidak dipedulikan bahkan tidak diselenggara dengan barangan yang ditinggalkan berselerak dan kawasan sekitarnya berada dalam keadaan kotor.

Akibat tidak dipedulikan kebanyakan barangan berharga di empat buah bangunan tersebut kini hilang dicuri.

Menurut seorang pencuci kereta b.ngarajan, yang menjalankan perniagaan disebelah bangunan itu mendakwa, dia pernah beberapa kali terserempak dengan pencuri didalam bangunan tersebut walau pun di siang hari.

“Hospital punya orang pun tak mau angkat tindakan lagi semua macam tu semua tengok-tengok macam orang tak tau saja kita mau cakap pun dia orang cakap diaorang mau angkat- angkat pi la dia orang cakap ini macam lagi sudah 2 kali sudah telefon polis lagi polis ada mai ada masuk lagi pi tengok tak nampak sapa pun dia orang lari juga.”

Tinjauan wakil kami mendapati, kerangka besi tingkap dan pintu didapati hilang,siling yang diperbuat dari awning putih juga habis dicuri, manakala besi tiang bumbung pejalan kaki termasuk batang aluminium yang dijadikan pagar juga turut dikebas pencuri.

Turut dikesan hilang ialah wayar tembaga,besi kerangka siling,lampu didalam dewan utama,besi penutup longkang serta besi grill pintu dan tingkap.

Sementara barangan seperti kerusi,meja serta lain-lain peralatan dibiarkan berselerak seolah-olah tidak ada pihak bertanggungjawab yang mempedulikannya.

PUSAT PERANGINAN GUNUNG JERAI DITUTUP

YAN,KEDAH - Pihak bertanggung jawab digesa mengambil tindakkan segera bagi memperbaiki tebing jalan berkenaan supaya aktiviti pelancongan pusat peranginan itu kembali pulih seperti biasa.

Difahamkan kejadian tanah runtuh tersebut belaku sejak awal bulan puasa lagi dan sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakkan dibuat oleh pihak bertanggung jawab selain meletakkan kun keselamatan.

Menurut mereka, masalah tebing runtuh tersebut tidak sepatutnya dibiarkan begitu lama untuk diambil tindakkan memandangkan pusat peranginan itu menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara,

Sementara itu beberapa peniaga di kaki gunung tersebut melahirkan rasa kecewa kerana pendapatan mereka turut terjejas disebabkan tidak ada pelancong yang datang ke situ sejak sebulan lalu.

Sunday, October 26, 2008

KERANA TIDAK MAMPU MEMBAYAR YURAN – TIGA DARIPADA EMPAT ANAK SEORANG IBU TUNGGAL YANG JUGA CACAT PENDENGARAN DAN BISU TERPAKSA BERHENTI SEKOLAH.

GUAR CHEMPEDAK,KEDAH - Sabariah binti Abdul Hamid 43 tahun, bukan sahaja dihimpit masalah kewangan semenjak digantung tak bertali oleh suaminya dua tahun lalu malah masa depan anaknya juga turut terjejas.

Dua anaknya Suriati binti Saad 16 tahun dan Suziana binti Saad 14 tahun masing-masing tidak dapat menyambung persekolahan mereka sejak darjah enam kerana tidak mampu membayar tunggakan yuran. Manakala seorang lagi anaknya Shida binti Saad 4 tahun, yang sepatutnya sudah memasuki kelas tadika juga menerima nasib yang sama.

Seorang lagi yang masih kecil Syamila binti Saad berumur 2 tahun.


“Nak sekolah pun hutang sekolah lama pun tak habis bayar lagi…duit buku-buku…Saya UPSR saya tak ambil sebab hutang lama tak bayar lagi…nak ambil kena bayar duit…saya tak ada duit…tak boleh bayar”.- Suriati Binti Saad (Bertudung putih nombor satu dari sebelah kiri)



“Minta bantu la bagi bantuan kat mak dengan adik-adik…semua tak sekolah”- Suziana Binti Saad (Baju hitam nombor satu dari sebelah kanan)


Setelah berhenti sekolah, dua anak daripada ibu tunggal ini terpaksa bekerja membantu ibunya membuat maruku di sebuah perusahaan industri kecil dekat rumah mereka bagi menampung kehidupan seharian dengan pendapatan tiga ratus ringgit sebulan.

Lebih menyulitkan lagi apabila wang gaji yang diperolehi untuk menyara kehidupan mereka empat beranak itu, perlu digunakan juga untuk membayar sewa rumah sebanyak dua ratus lima puluh ringgit sebulan.

Permohonan bantuan bulanan daripada jabatan kebajikan masyarakat juga gagal diperolehi oleh keluarga ini walau pun memiliki kad oku.

Manakala suami sabariah pula terus menghilangkan diri tanpa sebarang nafkah untuk mereka.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan boleh secara terus menghubungi adik Suriati binti Saad:-

Alamat:
No. 237 Lorong Panglima
08800 Guar Chempedak
Kedah.

atau

berhubung melalui talipon bimbit melalui nombor adik suziana binti saad :

012-5424708

Atau

Sumbangkan bantuan anda ke akaun:-

Suriati Binti Saad
Bank Islam Akaun Nombor: 02084020227902

DUN BELANTEK DILANDA BANJIR LUMPUR - YB SUMBANG BANTUAN

SIK,KEDAH - Hujan lebat yang turun tanpa henti sejak seminggu lalu menyebabkan paras air Empangan Muda naik hampir satu meter melebihi paras biasa sehingga melimpah keluar daripada empangan tersebut.

Akibat limpahan air daripada Empangan Muda itu, beberapa anak sungai berhampiran telah dinaiki air sehingga menyebabkan beberapa kampong sekitar dilanda banjir lumpur.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek Mohamad Tajudin Abdullah yang turun padang meninjau sendiri di empangan muda tersebut berkata, selain air daripada empangan muda yang melimpah, hujan lebat pada sebelah petang sehingga malam tadi juga turut menyumbang kepada kejadian banjir tersebut.



"Bermula dari petang semalam lagi berlakunya banjir disekitar kawasan dun belantek iaitu kampong yang terlibat ialah kampong belantek,kampong pinang,kampong lintang dan juga kampong landai melaka…jadi hari ni kita datang meninjau sebab punca-puncanya terjadinya banjir..di empangan muda ini terdapat limpahan lebih kurang dua kaki".

Beliau meninjau di empangan muda itu sejurus setelah memberi sumbangan dan bantuan kepada empat puloh keluarga mangsa banjir lumpur di beberapa kampong di belantek lewat petang semalam.


Sementara itu Mohamad Tajudin dan Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno, Sik turut mengadakan gotong royong membersihkan Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda Kampong Belantek yang terjejas teruk akibat banjir berkenaan.