Thursday, October 30, 2008

JAMBATAN REPUT PANTAI PRAI AKAN DIBAIKI - ITU JANJI DUA YANG BEHORMAT

SIDAM,KEDAH - Keresahan lebih 1500 penduduk setiap kali melalui jambatan kayu yang uzur dan reput di Kampong Pantai Perai, Sidam, kini boleh menarik nafas lega, jika janji dua YB dari Parti Keadilan Rakyat ini menjadi kenyataan.

Usaha kami membawa masalah jambatan tersebut kepada Ahli Parlimen Sungai Petani , Johari Abdul akhirnya menampakkan hasil apabila beliau bersama Adun Sidam Tan Chow Kang, turun padang bagi melihat sendiri keadaan jambatan tersebut.

Johari Abdul Dan Tan Chow Kang ketika melawat jambatan itu berjanji akan bertindak segera bagi membaiki jambatan berkenaan.

“Saya merayulah kepada pihak-pihak berwajib samada JPS,Kerajaan Negeri dan juga Kerajan Federal, untuk selesaikan…dan saya… bagi pihak saya dan YB Sidam Tan Chow Kang kita akan usahakan untuk mendapatkan apa yang boleh buat sementara waktu ini…sementara bantuan-bantuan besar tu akan hadir”

“Saya minta kerajaan ini repe bagi luas sikit untuk dua moto jalan lah…sekarang satu moto sudah jalan itu dua moto sebelah sini mahu jalan punya jam sudah jem sana tengah jalan…sudah susah…bahaya…itu saya minta kerajaan boleh lulus itu peruntukkan…repe saya tengok ini dalam kerajaan sekarang negeri kedah itu peruntukkan tak ada lagi…kalau sudah ada dapat ini…saya minta cepat sikit bagi selesai”.

Jambatan yang merentangi sungai muda itu menjadi jalan pintas menghubungkan penduduk-penduduk dari Kampung Pantai Perai, Kampung Kong Kedah Dan Kampung Kuala Jerung Di Daerah Kuala Muda Dengan Penduduk Kampung Terap Batu, Mukim Sidam Kanan di Daerah Kulim sejak 20 tahun lalu.

Menurut Pegawai Khas Kepada Adun Sidam, Ramli Bin Ayob, pihaknya akan memanjangkan permohonan mendapatkan peruntukkan segera bagi membaik pulih jambatan berkenaan kepada Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat.

“Proses ni kita dah jalan mungkin dalam dua tiga hari ni kita akan panjangkan surat ni kepada MB lah… untuk permohonan ini…dan kita pun telah berbincang dengan pihak YB Padang Serai yang mana kita akan buat permohonan bersama makna bagi Pejabat Daerah Kulim dengan Pejabat Daerah Kuala Muda…kita akan join sekali peruntukkan tu untuk buat…Jambatan ini kita difahamkan diguna oleh dua pihak bermakna dua kawasan antara Dun Padang Serai dan Dun Sidam Kiri”.

No comments: