GUAR CHEMPEDAK,KEDAH - Sabariah binti Abdul Hamid 43 tahun, bukan sahaja dihimpit masalah kewangan semenjak digantung tak bertali oleh suaminya dua tahun lalu malah masa depan anaknya juga turut terjejas.Dua anaknya Suriati binti Saad 16 tahun dan Suziana binti Saad 14 tahun masing-masing tidak dapat menyambung persekolahan mereka sejak darjah enam kerana tidak mampu membayar tunggakan yuran. Manakala seorang lagi anaknya Shida binti Saad 4 tahun, yang sepatutnya sudah memasuki kelas tadika juga menerima nasib yang sama.
Seorang lagi yang masih kecil Syamila binti Saad berumur 2 tahun.
“Nak sekolah pun hutang sekolah lama pun tak habis bayar lagi…duit buku-buku…Saya UPSR saya tak ambil sebab hutang lama tak bayar lagi…nak ambil kena bayar duit…saya tak ada duit…tak boleh bayar”.- Suriati Binti Saad (Bertudung putih nombor satu dari sebelah kiri)
“Minta bantu la bagi bantuan kat mak dengan adik-adik…semua tak sekolah”- Suziana Binti Saad (Baju hitam nombor satu dari sebelah kanan)
Setelah berhenti sekolah, dua anak daripada ibu tunggal ini terpaksa bekerja membantu ibunya membuat maruku di sebuah perusahaan industri kecil dekat rumah mereka bagi menampung kehidupan seharian dengan pendapatan tiga ratus ringgit sebulan.
Lebih menyulitkan lagi apabila wang gaji yang diperolehi untuk menyara kehidupan mereka empat beranak itu, perlu digunakan juga untuk membayar sewa rumah sebanyak dua ratus lima puluh ringgit sebulan.
Permohonan bantuan bulanan daripada jabatan kebajikan masyarakat juga gagal diperolehi oleh keluarga ini walau pun memiliki kad oku.
Manakala suami sabariah pula terus menghilangkan diri tanpa sebarang nafkah untuk mereka.
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan boleh secara terus menghubungi adik Suriati binti Saad:-
Alamat:
No. 237 Lorong Panglima
08800 Guar Chempedak
Kedah.
atau
berhubung melalui talipon bimbit melalui nombor adik suziana binti saad :
012-5424708
Atau
Sumbangkan bantuan anda ke akaun:-
Suriati Binti Saad
Bank Islam Akaun Nombor: 02084020227902
No comments:
Post a Comment