
YAN,KEDAH - Walaupun sairen kecemasan banjir belum berbunyi tetapi empat puloh buah rumah di Kampong Titi Teras Ujung Dan Teroi Bukit sudah pun dinaiki air separas satu meter.
Kejadian banjir kali ini bukanlah disebabkan hujan atau air yang turun dari gunung berdekatan sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini tetapi disebabkan air dari sebuah terusan yang memasuki kampong melalui parit buang air ke terusan tersebut.
Menurut penduduk, masalah timbul semenjak benteng tanah yang menjadi penghadang air di terusan tersebut diratakan untuk menambak projek ladang ternakkan lembu yang terletak bersebelahan dengan terusan tersebut.
Mereka mendakwa kejadian banjir seumpama itu tidak pernah berlaku sejak lima puloh tahun lalu tetapi kini ada rumah yang dinaiki air sehingga dua puloh dua kali dalam setahun.

Mereka mendakwa kejadian banjir seumpama itu tidak pernah berlaku sejak lima puloh tahun lalu tetapi kini ada rumah yang dinaiki air sehingga dua puloh dua kali dalam setahun.

“Masuk kali ni dua puloh dua kali dah lah…sampai tak boleh tahan dah…anak nak sekolah…tanaman-tanaman habis rosak…ternakan kita habis mati…jadi dengan sebab ni kami minta pihak-pihak yang terlibat ni tolong mai tengok…tolong suluh tengok apa masalah kami…sampai bila kami nak hidup macam ni”.
Mohd Roslan
“Banjir yang berlaku pada tiap-tiap tahun disebabkan beginilah…punca daripada tanah yang ada di “ban” telah dirata…diambil…jadi mangsa-mangsa yang akan nanti terpulanglah kepada mangsa-mangsa banjir…ini adalah sifat yang tak bertanggungjawab…jadi saya haraplah kepada yang berkenaan terutama sekali pihak MADA dan JPS tolong tengok”.
Haji Harun
Menurut penduduk lagi, sampah sarap dan ranting-ranting buloh tersekat di tiang-tiang jambatan juga tidak dibersihkan dengan sewajarnya oleh pihak bertanggungjawab dan turut menjadi penyebab air naik begitu cepat kerana kelancarannya tersekat.
Menurut seorang penduduk Ramli Bin Haji Lateh, masalah menjadi lebih teruk apabila tiga sungai utama iaitu sungai wan mat seman,sungai teroi dan sungai batu 20 telah ditutup dan tiada pintu air untuk membolehkan air berlalu dengan pantas ke laut.
Menurut penduduk lagi, sampah sarap dan ranting-ranting buloh tersekat di tiang-tiang jambatan juga tidak dibersihkan dengan sewajarnya oleh pihak bertanggungjawab dan turut menjadi penyebab air naik begitu cepat kerana kelancarannya tersekat.Menurut seorang penduduk Ramli Bin Haji Lateh, masalah menjadi lebih teruk apabila tiga sungai utama iaitu sungai wan mat seman,sungai teroi dan sungai batu 20 telah ditutup dan tiada pintu air untuk membolehkan air berlalu dengan pantas ke laut.
Penduduk terbabit meminta pihak berwajib mengambil tindakkan segera untuk menangani masalah tersebut.
No comments:
Post a Comment