Monday, October 27, 2008

HARTA AWAM JADI HABUAN PENCURI !!

SUNGAI PETANI,KEDAH - Dapat bangunan baru, bangunan lama menjadi habuan pencuri, itulah yang terjadi kepada bangunan kolej kejururawatan di jalan badlishah sejak operasinya dipindahkan ke hospital sultan abdul halim, sungai petani setahun lalu.

Kolej itu dulu yang cukup terkenal kerana melahirkan ramai jururawat kini bukan sahaja tidak dipedulikan bahkan tidak diselenggara dengan barangan yang ditinggalkan berselerak dan kawasan sekitarnya berada dalam keadaan kotor.

Akibat tidak dipedulikan kebanyakan barangan berharga di empat buah bangunan tersebut kini hilang dicuri.

Menurut seorang pencuci kereta b.ngarajan, yang menjalankan perniagaan disebelah bangunan itu mendakwa, dia pernah beberapa kali terserempak dengan pencuri didalam bangunan tersebut walau pun di siang hari.

“Hospital punya orang pun tak mau angkat tindakan lagi semua macam tu semua tengok-tengok macam orang tak tau saja kita mau cakap pun dia orang cakap diaorang mau angkat- angkat pi la dia orang cakap ini macam lagi sudah 2 kali sudah telefon polis lagi polis ada mai ada masuk lagi pi tengok tak nampak sapa pun dia orang lari juga.”

Tinjauan wakil kami mendapati, kerangka besi tingkap dan pintu didapati hilang,siling yang diperbuat dari awning putih juga habis dicuri, manakala besi tiang bumbung pejalan kaki termasuk batang aluminium yang dijadikan pagar juga turut dikebas pencuri.

Turut dikesan hilang ialah wayar tembaga,besi kerangka siling,lampu didalam dewan utama,besi penutup longkang serta besi grill pintu dan tingkap.

Sementara barangan seperti kerusi,meja serta lain-lain peralatan dibiarkan berselerak seolah-olah tidak ada pihak bertanggungjawab yang mempedulikannya.

No comments: