SIK,KEDAH - Hujan lebat yang turun tanpa henti sejak seminggu lalu menyebabkan paras air Empangan Muda naik hampir satu meter melebihi paras biasa sehingga melimpah keluar daripada empangan tersebut.Akibat limpahan air daripada Empangan Muda itu, beberapa anak sungai berhampiran telah dinaiki air sehingga menyebabkan beberapa kampong sekitar dilanda banjir lumpur.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek Mohamad Tajudin Abdullah yang turun padang meninjau sendiri di empangan muda tersebut berkata, selain air daripada empangan muda yang melimpah, hujan lebat pada sebelah petang sehingga malam tadi juga turut menyumbang kepada kejadian banjir tersebut.
"Bermula dari petang semalam lagi berlakunya banjir disekitar kawasan dun belantek iaitu kampong yang terlibat ialah kampong belantek,kampong pinang,kampong lintang dan juga kampong landai melaka…jadi hari ni kita datang meninjau sebab punca-puncanya terjadinya banjir..di empangan muda ini terdapat limpahan lebih kurang dua kaki".
Beliau meninjau di empangan muda itu sejurus setelah memberi sumbangan dan bantuan kepada empat puloh keluarga mangsa banjir lumpur di beberapa kampong di belantek lewat petang semalam.
Sementara itu Mohamad Tajudin dan Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno, Sik turut mengadakan gotong royong membersihkan Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda Kampong Belantek yang terjejas teruk akibat banjir berkenaan.
No comments:
Post a Comment